KUALA LUMPUR – Penyanyi yang manis bertudung, Yuna mengalami kerugian hampir RM5,000 apabila kereta miliknya dipecahkan perompak pagi semalam.
Memetik laporan Berita Harian Online hari ini, kejadian itu berlaku di Subang Jaya.
Sebelum kejadian malang itu berlaku, kereta milik penyanyi popular itu telah dipinjamkan kepada sahabatnya, Farhan Fadzlishah atau Pa’an yang juga pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam dan kereta itu diletakkan di garaj kereta rumah Pa’an.
Bagaimanapun, bapa kepada Pa’an tersedar dari tidur pada jam 5.30 pagi apabila terdengar bunyi bising dari luar di bahagian garaj kereta.
Ekoran was-was dengan bunyi bising itu, bapa Pa’an telah memeriksa keadaan di garaj kereta dan ternampak dua lelaki sedang memecahkan cermin kereta tingkap belakang kereta Yuna.
Manakala, terdapat dua orang lagi lelaki lain sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal.
Yuna telah mengesahkan kejadian rompakan itu di laman twitternya pagi ini dengan memaklumkan barang yang dicuri oleh perompak adalah gitar milik Diandra Arjunaidi dan set stereo dalam keretanya.
Mungkin geram dengan perlakuan perompak-perompak tersebut, Yuna sempat memuat naik statusnya dengan memerli mereka yang melakukan jenayah itu.
“Good morning. My car window got smashed today, they took my guitars & the stereo. I hope whoever took it starts a music career.
“Kepada yang pecah cermin kereta saya, kalau rasa mcm nak buat baik, bole tinggalkan guitar2 kat tempat sama. If can by mlm ni ah. Esok nak pakai.” tulis Yuna.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment