"Saya Tweet Untuk Ingatkan Peminat" - Yuna

on Monday, 21 May 2012


Khamis lalu kereta milik penyanyi popular Yunalis Zarai telah dipecah masuk sehingga kerugian sehingga RM5000. Ekoran insiden itu, ramai pihak media yang cuba menghubungi Yuna bagi mendapatkan penjelasan lanjut.


Namun, hanya pengurusnya, Nor Zaina Wardah (Wawa) yang berjaya dihubungi dan memaklumkan Yuna enggan mengulas lanjut. Sudahlah begitu, timbul pula dakwaan yang mengatakan Yuna tidak suka atau terkilan dengan laporan sesetengah media tentang kejadian itu. Mengapa pula begitu?


“Sebenarnya saya bukan mengelakkan diri daripada wartawan. Tetapi kebetulan pada hari kejadian, saya sibuk dengan sebuah penggambaran. Setelah kereta saya kena pecah, saya sibuk pula uruskan laporan polis dan beberapa perkara lain. Jadi, apabila wartawan hubungi saya, saya tidak sempat untuk komen lanjut. Sebab itu Wawa yang komen bagi pihak saya. Saya harap pihak media tidak salah faham.


Tentang dakwaan yang mengatakan saya tidak suka dengan laporan itu, ia memang benar. Saya terkilan kerana dalam laporan itu turut menulis jenis kereta yang saya pandu. Malah, turut memaklumkan lokasi kejadian iaitu di rumah Paán (pemain gitar kumpulan muziknya). Apabila saya tahu tentang laporan itu, saya rasa agak sedih kerana kalau boleh saya tidak mahu kejadian itu dihebahkan. Ia berkaitan dengan keselamatan. Bimbang nanti mengundang bahaya kepada diri saya atau sesiapa sahaja yang memandu kereta itu pada masa hadapan,” ulas Yuna berterus-terang.


Bagaimanapun, penjelasan Yuna itu tidak seiring dengan tindakannya menghebahkan kejadian itu di laman Twitter miliknya.


“Memang saya tweet tentang kejadian itu, tapi niat saya hanya mahu ingatkan peminat yang ikut Twitter saya supaya lebih berhati-hati. Perkara sebegitu boleh belaku kepada sesiapa sahaja. Saya rasa sedih kerana mereka beritahu jenis kereta dan lokasi tempat kejadian. Itu sahaja,” ulas Yuna lagi.


Dalam masa yang sama, penyanyi ini meluahkan rasa syukur kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak melarikan keretanya sekali. Namun, dalam masa yang sama dia turut berasa bersalah dengan kehilangan gitar milik penyanyi naungan syarikatnya, Diandra. Selain gitar, stereo keretanya turut dilarikan - gua.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved