Inilah Lelaki Taksub Pada Belon!! (5 Gambar)

on Monday, 3 September 2012




Rancangan siri Taboo oleh National Geographic memaparkan minat pelik dan taksub yang dikongsi orang ramai tetapi tidak sama seperti Dave Collins, seorang guru piano berusia 27 tahun yang berasal dari Little Rock, Arkansas yang mempunyai ketaksuban terhadap belon.

Disebabkan ketaksuban itu, hobi Collins pada waktu lapang adalah bersama belon-belon itu termasuk menyembunyikannya di dalam baju, mencium ‘mereka’ dan tidur bersama ‘mereka’ pada waktu malam.

Collins sering dirujuk oleh mereka yang mahir mengenai tabiat ini sebagai ‘looner’ atau orang yang memuja belon. Namun ramai yang menganggap bahawa tindakannya itu sebagai berunsur seksual. Collins bagaimanapun menegaskan, dia menjalinkan hubungan ‘suci’ dengan belon itu.


Seperti kata Collins:-


“Cara terbaik untuk melindunginya ialah dengan meletakkannya di dalam baju dan anda akan merasakan belon itu bersama-sama anda. Ia dirasakan begitu rapat dan anda berasa begitu hangat. Hati anda dapat merasakan keindahan belon itu.

“Saya percaya belon-belon ini adalah anak-anak saya. Mereka adalah sebahagian daripada saya dan mereka menjadi sebahagian daripada apa yang dikatakan keluarga saya,”




Menurut laporan National Geographic, Collins mempunyai 65,000 belon hasil daripada misi menyelamatnya. Dan jangan tidak tahu, ketaksubannya terhadap belon itu menyebabkan dia benci melihat atau mendengar ‘rakan-rakannya’ itu dipecahkan atau dibiarkan terbang
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved