Portland – Seorang lelaki dari Oregon yang dijangkiti penyakit jangkitan tikus yang jarang berlaku, kehilangan semua jari tangan dan kaki, dibenarkan keluar dari hospital, kata pihak berkuasa pusat perubatan berkenaan semalam.
Paul Gaylord, 59, menghabiskan masa kira-kira sebulan di unit rawatan rapi dan bergantung kepada alat sokongan hayat selepas dijangkiti penyakit dikenali Bubonic Plague ketika cuba mengeluarkan tikus dari mulut kucing miliknya 2 Jun lalu.
Kucing yang tercekik itu menggigit tangan dan mencakar Gaylord, menyebabkan bakteria pada bangkai tikus terbabit menjangkitinya.
Penyakit yang diklasifikasikan sebagai berbahaya itu menyebabkan kelenjar limfa membengkak dan anggota dijangkiti menjadi busuk dalam tempoh singkat. Jika tidak mendapat rawatan segera, pesakit boleh mati dalam tempoh empat hari. – Reuter
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment