BEIJING - Seorang pemandu melanggar seorang kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah oleh mahkamah.
Kematian Yue Yue, 2 tahun akibat dilanggar oleh dua buah kenderaan Oktober tahun lalu di bandar Foshan selatan China telah menaikkan kemarahan masyarakat dunia apabila rakaman CCTV menunjukkan dia dilanggar dua buah kenderaan manakala masyarakat yang melalui jalan tersebut hanya memerhatikan sahaja.
Sekurang-kurangnya 18 orang telah ditunjukkan berjalan melintasi Yue Yue yang berbaring di atas jalan dengan kecederaan kritikal, sebelum seorang pemungut sampah wanita akhirnya mengambil dia dan mengalihkannya ke bahu jalan.
Hu Jun dijatuhi hukuman tiga tahun setengah di dalam penjara atas tuduhan menyebabkan kematian dengan sengaja kata seorang jurucakap bagi mahkamah di daerah Nanhai, Foshan.
Hukuman Hu diringankan apabila dia secara sukarela menyerah diri kepada pihak Polis selepas kejadian tersebut berlaku. Hu yang menjelaskan sebahagian yuran perubatan Yeu Yue antara faktor lain hukumannya diringankan oleh mahkamah.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment