Charlize Theron, pelakon dalam filem Snow White And The Huntsman yang bakal keluar di pawagam Malaysia ini, menyatakan hasratnya yang ingin memiliki payudara yang lebih besar untuk mengukuhkan lagi kerjaya beliau dalam bidang lakonan.
Pelakon yang berusia 36 tahun ini, akui kesal kerana tidak membesarkan payudara miliknya 10 tahun lepas. Pelik bukan si Charlize Theron ini? Ramai artis Hollywood mengatakan kekesalan mereka kerana membesarkan payudara, tetapi sebaliknya pula buat Charlize Theron. Macam- macam la…
Selain dari itu, Charlize menganggap, payudara yang besar merupakan satu aset dalam bidang perfileman. Jadi, untuk mengukuhkan lagi tapaknya dalam bidang lakonan, beliau telah menggunakan sejenis gel khas bagi membesarkan payudara miliknya.
Namun bagi kami, nama Charlize Theron sudah cukup hebat tanpa perlu memiliki payudara yang besaiz XL kerana pesona beliau di sana sudah cukup untuk mendapat pelbagai pengiktirafan Oscar.
Lihat sahaja lah filem lakonannya yang bakal keluar dia Malaysia, Charlize telah melakonkan watak Queen yang bagi kami bukan calang-calang hebatnya watak itu! Mungkin Charlize Theron perlu belajar untuk lebih menghargai kecantikan semulajadi diri sendiri pula lepas ini bukan?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment