Gambar Detik Akhir Bob Kuman Sebelum Meninggal Dunia. Berikut adalah laporan dari blog Mazidul Akmal Sidik yang sentiasa memberi laporan semasa tentang Arwah Bob sebelum Bob menghembuskan nafas terakhirnya.
Laporan Dari Blog Mazidul
Sewaktu tiba di rumah arwah pada jam 4.33 petang tadi, saya melihat Bob terbaring di atas katil. Jururawat peribadinya, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya, Kamer Farhan Kamaludin, 23 tahun, sedang melakukan CPR dengan harapan Bob kembali bernafas.
“Berapa lama sudah melakukan CPR?,” soal saya kepada Farid.
“Lebih kurang dua puluh minit bang,” balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.
Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.
Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya langsung tidak menunjukkan sebarang respon positif.
Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.
Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.
“Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar,” jelas kakitangan hospital itu.
“Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob,” celah Farid.
Farid ternyata bersedih.
“Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam,” bisiknya kepada saya.
Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak, dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.
Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April. Lantas saya menyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.
Sewaktu dua kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.
Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.
Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.
Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah keluarga arwah di 1763 Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.
“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, jam 10 pagi esok (4/5). Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam,” lapor Azayusrin.
Sumber: Mazidulakmal.com
{ 2 comments... read them below or add one }
takziah to arwah family....=(
6 May 2012 at 08:45
same2 sedekah Al-Fatihah....
6 May 2012 at 08:51
Post a Comment