Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – Informasi Dot My
{ 3 comments... read them below or add one }
semoga dalam menjalani hukuman....dia dpt belajar dari kesilapan masa lampau....semoga dpt menjadikan dia seorang ibu yg matang dan waras..............Sayangilah ankmu semula......
9 May 2012 at 19:50
harap hukuman itu akan meninsafkan si ibu itu... semoga dia akan jaga anak dia dgn baik selepas ini.. tindakan dari PDRM yg bagus.. semoga memberi pengajaran pada yg lain..
9 May 2012 at 20:06
alhamdullillah..semoga ibunya mendapat petunjuk diatas perbuatan beliau...simpati betul tgk baby tu...so skang ape info mengenai baby tu plak?sape yang menjaga n mcm mana kehidupan baby tu skang?
10 May 2012 at 00:52
Post a Comment