CHINA - Satu pasangan kekasih telah ditangkap sedang memadu asmara di tepi jalan di Chengdu selepas mereka melanggar tiga pekerja kilang berhampiran.
Pasangan itu dilaporkan dikesan pihak polis di lokasi selepas mencederakan dua orang pekerja dengan keadaan yang parah dan satu lagi mati di tempat kejadian.
Apabila polis dan pihak media tiba, Yalei Li, 19, segera menutupi mukanya untuk menyembunyikan wajahnya dari dirakam kamera.
Teman wanitanya bagaimanapun dalam keadaan yang mabuk menjerit dan melambai-lambaikan tangan supaya aksinya dirakamkan kamera.
Li bakal menimpa tuduhan yang lebih teruk apabila polis mendapati bahawa dia tiada lesen memandu, selain memandu dalam keadaan mabuk dan caj semasa.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment