Shila Amzah Dibayar RM100 Ribu Setiap Persembahan di China?

on Tuesday, 16 October 2012





Shila Amzah Dibayar RM100,000 Setiap Satu Persembahan di China?

Penyanyi Shila Amzah menolak dakwaan kononnya dia menerima bayaran setinggi RM100,000 untuk setiap satu persembahan nyanyian di China. Pun begitu juara Asian Wavve 2012 ini tidak menafikan bayaran yang diraih disana jauh lebih lumayan berbanding bayaran di sini. Bagaimanapun Shila berkata, untuk persembahan di Malaysia mengekalkan harga sama seperti sebelum ini.


“Saya tak mahu komen pasal tu. Tapi apa yang boleh saya katakan bayaran di sana lebih tinggi dari bayaran yang saya perolehi di sini. Sebab disana untuk harga seorang selebriti atau penyanyi, layanannya berbeza. Senang kata, kalau di Malaysia saya ikut harga Malaysia. Kalau di China saya ikut bayaran di sana”, jelas Shila Amzah sekali gus menjawab mengenai perubahan harga untuk satu-satu persembahannya di masa akan datang.

Shila ditemui di majlis makan malam meraikan kejayaannya di One Hotel, Bandar Utama, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai projek di tembok besar China, Shila yang masih dalam proses berbicang mengenai kontrak dengan pihak pengurusan disana, memberitahu ada beberapa undangan persembahan yang telah diatur untuknya. Termasuk membuat penampilan di konsert penyanyi terkenal, Eric Mo. Selain dia juga dalam proses memilih satu single Mandarin dan sedang mengumpul material untuk album terbaru yang akan dirakamkan di sana nanti.


“Sepatutnya saya akan ke sana tak lama lagi. Tapi ada berapa urusan yang belum selesai di sini. Lagipun konsert Eric Moe di tunda sebab kerajaan China adakan satu konsert di Beijing kebetulan pula pada hari yang sama. Tambahan pihak kerajaan mereka tak membenarkan mereka adakan konsert lain”, katanya yang akan kembali ke sana sekitar hujung November atau awal Disember ini.

Dalam pada itu sebagai persiapan, Shila kini sedang mempertingkatkan lagi penguasaannya dalam bahasa Mandarin. Malah dia baru ditawarkan oleh sebuah universiti di sana untuk mengikuti jurusan bahasa.


“Saya baru dapat tahu, sebuah universiti menawarkan dan mahu menaja saya untuk belajar dalam jurusan bahasa. Ini satu peluang yang baik dan InsyaAllah saya akan menerima tawaran itu. Walaupun tumpuan kerjaya muzik saya kini beralih ke China tapi tak bermakna saya tak balik. Saya tak boleh tinggal terlalu lama di sana. Paling lama pun sebulan. Mungkin cuti hujung minggu saya akan balik sekejap ke sini’, katanya.

Dalam pada itu Shila juga bersyukur kerana kini banyak pihak yang semakin percaya dengan bakat yang dimiliki. Sungguhpun begitu, kata pelantun lagu Patah Seribu ni, apa yang diperolehi hari ini baru permulaan.

Memengang kata-kata Tun Mahathir iaitu pandang ke timur, kerana itu anak kepada penyanyi popular ND Lala ni yakin, sekiranya penghijrahan ke negeri China membuahkan hasil, siapa tahu satu hari nanti dia juga mampu menempa nama ke pasaran Hollywood pula.


“Kalau sebelum ni ada segelintir pihak yang memperkotak-katikkan bakat saya. Tapi selepas kemenangan ni, banyak yang mula buka mata. Peminat di Malaysia juga bertambah. Alhamdulillah peminat di China juga menerima saya dengan baik. Malahan sekarang ni bukan setakat ada Shilalas Malaysia (kelab peminat) tapi juga ada Shilalas cina (di Malaysia) dan Shilalas d negeri China. Dan peminat di sana juga ada wujudkan laman sosial khas untuk saya di baidu.com, kalau kat sini macam kat google lah”, tambahnya lagi.

Perkembangan lain, Shila bakal merelease-kan single mandarin juga album terbarunya. Di samping dia juga telah menghantar lagu ciptaannya, Patah Seribu kepada seorang penulis lirik terkenal di sana untuk diterjemahkan dalam bahasa Mandarin.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved