Farah Fauzana Pernah Keluar Dengan Pendengar Radio yang Mengoratnya??!!!

on Tuesday, 23 October 2012




Terlalu sibuk dengan kerja hingga tiada masa untuk mencari teman hidup. Boleh jadi itu jugalah penyebab Fara Fauzana hingga kini masih solo. Dalam usia 32 tahun dari segi kerjaya dia sudah mengecapi pelbagai momen indah dan gemilang.

Namun penyampai radio juga pengacara popular yang mesra di sapa Fafau ni, masih belum punya teman istimewa. Atau lebih dalam erti kata lain, sehingga kini belum ada lagi kisah Fafau dikaitkan menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki secara serius.

Bertemu dengan tuan empunya badan sewaktu majlis pelancaran jenama fesyen Sophie Paris baru-baru ini, kami bertanyakan bila agaknya dia mahu menamatkan zaman bujang. Bukannya apa, sewaktu dia merasmikan outlet Sophie Paris, terlebih dahulu dari tingkat bawah, Fafau diarak dengan paluan kompang sepanjang menuju ke outlet yang terletak di tingkat dua, Maju Junction, KL.

Fafau merupakan selebriti pertama Malaysia dipilih sebagai wajah katalog ke-7 jenama terkenal Perancis itu, selama 45 hari.

"Tadi dah berkompang bagai, 'pengantin lelakinya' mana?, tanya pihak media sengaja mengusik Fafau.

Fafau yang tergelak dengan gurauan itu berkata, dia kini seronok menjalani rutinnya. Meskipun sibuk dia masih sempat mencuri-curi masa untuk pergi bercuti ke luar negara.

"Sejak dari bulan puasa, saya kerap melancong. Untuk dua bulan terakhir dalam tahun ni, saya sibuk dengan kerja. Tapi sekejap-sekejap saya pergi bercuti sambil menziarah rakan-rakan di luar negara. Minggu depan saya nak melawat Anne (bekas deejay Hot.Fm) di Doha. Pada bulan Disember nanti saya akan ke US, jenguk adik saya yang sedang belajar di sana", ujar Fafau yang ketika ini berada di Jepun bagi menjalani penggambaran Nona.


Berkenaan teman istimewa, tiada apa yang didedahkan sebaliknya seperkara menarik di kongsi, duta Laurier ni memberitahu dia pernah berjumpa dengan seorang pendengar lelaki dan apa yang tidak di sangka jejaka itu adalah pendengar yang pernah mengoratnya di radio.

Pun begitu pertemuan antara mereka disifat Fafau sebagai insiden kebetulan kerana sewaktu itu dia bersama temannya keluar makan tengahari.

"Mana ada. Setakat orang mengorat-ngorat di radio ada lah. Dan sejujurnya saya katakan, yang saya pernah berjumpa dengan seorang pendengar yang pernah mengorat saya di radio. Boleh dikatakan lebih kurang saya diperangkap lah (gelak).

"Ceritanya, seorang kawan ajak saya keluar makan tengah hari. Jadi masa tu lah saya terjumpa dengan pendengar itu. Masa jumpa tu, saya rasa waja dia familiar sebab masa kena mengorat kat radio hari tu, saya ada juga tengok-tengok Facebook pendengar-pendengar saya yang mengorat saya tu.

"Dan kami sekarang jadi kawan. Tapi kalau nak berjumpa pun, saya akan bawa kawan-kawan saya sekali. Saya tak pernah dan tak berani jumpa berdua", katanya yang kini kelihatan agak kurus.

Fafau turut berkata dia kurus disebabkan giat menjalani aktiviti berbasikal dan mengurangkan pengambilan gula dan garam.

"Saya mula suka berbasikal sejak awal tahun, masa sertai jelajah Hot.FM. Saya perasan sejak berbasikal saya kurus sikit, jadi sejak tu saya mula aktif berbasikal selain tu saya main badminton.

"Mula-mula tu saya beli basikal betul-betul. Tiap-tiap petang bila ada masa saya berbasikal pusing-pusing Shah Alam. Kadang-kadang di kawasan Damansara. Tapi rasa segan sebab selalu kena hon.

"Jadi sekarang saya beli basikal kat rumah, jadi bila ada masa tak kira petang atau malam, saya akan berbasikal lah dalam rumah. Selain saya kurangkan gula dan garam dalam pemakanan saya", katanya.

Sumber:Limauais.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved