Semua pengangkutan di New York dan bandar sekitarnya lumpuh apabila menerima badai Taufan Sandy awal hari ini (30 Oktober 2012). Bandar di sekitar New York seperti Boston, Washington, Baltimore, Philadelphia dan lain-lain turut menerimanya. Taufan Sandy menjadi taufan terbesar yang diterima oleh Amerika Syarikat. Beberapa bandar di sekitar New York seperti Manhattan dan Marryland kini bergelap ekoran taufan Sandy.
Taufan Sandy memaksa beratus ribu penduduk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Ramalan cuaca pula mengatakan angin taufan Sandy mencecah kelajuan 120 km sejam dengan purata ketinggian ombak setinggi 3.4 meter. Taufan Sandy ini dijangkakan berlarutan sehingga hari rabu ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment