Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai filem prekual KL Gangster 2. Anda tak sabar-sabar nak menontonnya? Releks. Filem ni belum siap sepenuhnya lagi. Khabarnya filem ini akan dibawa ke Bangkok untuk menjalani proses post-produksi di sana.
Menjalani penggambaran selama 68 hari, filem bikinan pengarah muda berbakat besar, Syamsul Yusof ni menelan kos kira RM3.86 juta termasuk kos promosi, sekaligus ia merupakan filem paling mahal setakat ini.
Menurut bapa Syamsul sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam, untuk karya kali ini anaknya itu memamg cukup teliti bagi memastikan hasil filem tersebut ditahap terbaik.
"Dengan penggambaran selama 68 hari, menelan kos sebanyak RM3.86 juta, filem ni filem paling mahal sekali.
"Syamsul memang sangat teliti kali ni. Tapi saya ada tengok kerja-kerjanya. Sungguh saya katakan, garapannya kali ni memang luarbiasa, dahsyat dan hasil kerjanya semakin bagus", kata Yusof Haslam.
Dibintangi Aaron Aziz, Ady Putra, kalau tak ada aral melintang pukang, KL Gangster 2 dijangka bakal menemui penonton sekitar Mac tahun hadapan.
Dan mampukah filem KL Gangster 2 mengulangi kejayaan filem pertamanya yang berjaya mengutip lebih RM11 juta? Sama-sama kita nantikan!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment