Ukiran Labu Menyeramkan Dan Berhantu

on Tuesday 16 October 2012




BELLAIRE: Sculpture yang menyeramkan dan kelihatan berhantu yang diukir daripada beberapa buah labu. Artis tersebut, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka.

Merupakan seorang bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya.

Dia kini mampu mengukir buah berkenaan dalam masa hanya dua jam. Villafane yang berasal dari Bellaire di Michigan, Amerika Syarikat berkata;

“Selalunya saya tidak mempunyai idea ukiran yang hendak saya lakukan. Saya hanya mulakan ukiran dan idea kreatif itu akan datang.

“Hasilnya tidak semesti apa yang saya kehendaki dan selalu juga saya terpaksa buang labu itu dan memulakan yang baru.

“Labu itu adalah elemen paling penting dalam kerjaya saya. Saya akan mendapatkan kira-kira 50 jenis buah itu sebelum dapat menemui satu yang sesuai untuk diukir.

“Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya,”
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved