SOINE-YA, sebuah premis perniagaan di Akihabara, Jepun, menawarkan perkhidmatan yang agak berbeza dari kedai biasa: iaitu membenarkan lelaki membayar untuk mendapatkan khidmat wanita tidur bersama mereka. Menurut tuan punya perniagaan itu, ini untuk membantu lelaki dari sudut emosi.
Bagaimanapun, pejuang hak wanita - Mayumi Yugata melenting dengan perkhidmatan seumpama itu. Yugata berkata itu seolah-olah membuatkan wanita seperti objek yang boleh dijual-beli.
“Apapun kaedah perniagaan ini, ia tetap berkaitan dengan unsur seksual. Bagaimana cara pemakaian wanita tersebut dan dimana batas yang harus mereka lalui? Mungkin pelanggan akan menawarkan wang yang lebih untuk perkhidmatan yang lebih dari sekadar tidur. Idea ini benar-benar mengarut,” kata Yugata.
Jika anda berminat untuk melanggan perkhidmatan ini, sediakan jumlah wang secukupnya.
Berdasarkan info di kotaku.com, bayaran keahlian adalah $39. Untuk perkhidmatan tidur 20 minit, anda terpaksa membayar lagi dua kali ganda kos keahlian. Untuk tidur selama 6 jam, bersedialah untuk membayar $400.
Terdapat juga beberapa pakej lain untuk perkhidmatan ini. Contohnya, pelanggan perlu membayar ¥1,000 ($13) untuk wanita merehatkan tangan pada lengan pelanggan selama 3 minit , menerung antara satu lama lain dikenakan caj tambahan ¥1,000. Jika ingin merehatkan kepala di atas ribaan wanita selama 3 minit juga dikenakan bayaran ¥1,000.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment