Seri Paduka Baginda Selamat Tiba Di Madinah

on Saturday, 20 October 2012

MADINAH - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di sini pada Jumaat untuk menunaikan ibadat haji.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua dan anggota rombongan mendarat di Lapangan Terbang Putera Mohammad Abdul Aziz kira-kira 3.10 petang waktu tempatan (8.10 malam waktu Malaysia).


Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Gabenor Madinah Putera Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al Saggaf.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah serta rombongan turut menziarah makam Nabi Muhammad S.A.W dan menunaikan solat sunat di Masjid Nabawi selepas solat Isyak.

Seri Paduka berdua dijangka berangkat ke Jeddah sebelum memasuki kota Makkah bagi menunaikan umrah pada Sabtu.

Pada Isnin, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat melawat Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah serta bertemu para jemaah haji Malaysia.

Seri Paduka berdua akan berwukuf pada Khamis bersama tiga juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji musim ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved