\PUTRAJAYA, 22 Oktober - Harga semua jenis rokok akan naik 20 sen bermula esok setelah pengumuman British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia)
Memetik kenyataan daripada Bernama, "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh dalam satu kenyataan.
Harga baharu rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
Rangkaian DUNHILL - RM10.20
Rangkaian KENT - RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT - RM8.70
Rangkaian PALL MALL - RM8.70
PALL MALL Biasa - RM10.60
BENSON & HEDGES - RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN - RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL - RM10.60
Wartawan Putrajaya Online sebentar tadi sempat bertemu beberapa pengunjung di sekitar kedai makan Presint 15, Putrajaya untuk mendapatkan maklum balas kenaikan harga rokok ini.
Siti Aisyah, 25 tahun ibu kepada seorang anak, "kenaikan harga rokok ini amat bagus kerana dapat mengurangkan tabiat merokok. Sudah lama kerajaan tidak menaikkan harga rokok. Sepatutnya, kerajaan perlu naikkan harga rokok lebih mahal. Kenaikan harga 20 sen sangat tidak patut jika hendak dibandingkan dengan kesan buruk kepada orang lain", ujarnya.
Ahmad Rostam, 24 tahun, "Saya setuju dengan kenaikan harga rokok walaupun hanya 20 sen. Orang yang tidak merokok pasti akan beranggapan kenaikan itu sepatutnya lebih tinggi tetapi sebaliknya bagi golongan perokok tegar. Saya berharap Purajaya akan jadi sebuah bandar sifar asap rokok".
Rata-rata masyarakat di sekitar Putrajaya menyokong kenaikan harga rokok dan mengharapkan Putrajaya sebagai sebuah bandar mesra alam "Sifar Asap Rokok"

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment