Ikan Lumba-Lumba Kembali Ke Pulau Pinang Selepas 20 Tahun

on Thursday, 18 October 2012




Warga Pulau Pinang gembira dengan kepulangan kawanan ikan lumba-lumba ke perairan pulau tersebut untuk kali pertama sejak 20 tahun lalu.

Rakaman video oleh penduduk tempatan yang berlegar di laman Facebook menunjukan kumpulan ikan tersebut bermain-main di kawasan sekitar tapak pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung.

ADUN kawasan tersebut Datuk Abdul Malik Abul Kassim menunjukkan rakaman tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media.



Beliau menganggarkan kumpulan ikan lumba-lumba itu berjumlah 20 ekor dan lebih banyak lagi disaksikan di kawasan sekitar pantai di utara pulau tersebut.


Katanya, penduduk Pulau Pinang menyaksikan kawanan ikan tersebut sebelum jambatan Pulau Pinang wujud – malah mamalia itu turut berenang di tepi feri yang berulang alik ke tanah besar, katanya.

Beliau menjangkakan fenomena itu berlaku kerana air laut di kawasan sekitar Pulau Pinang kini semakin bersih.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved