Farid Kamil Mohon Maaf...

on Friday 19 October 2012




PELAKON popular, Farid Kamil telah memohon maaf kepada Diana Amir atas penampilannya yang seksi dalam filem terbaru arahan Farid Kamil "Pe3".

Farid menjelaskan bahawa imej Diana Amir yang dipaparkan dalam filem itu sangat berbeza dengan penampilannya sekarang ini yang berhijab.

"Saya ingin mohon maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej yang dipaparkan dalam filem berbeza dengan penampilannya sekarang ini yang berhijab, namun saya harap dia dapat terima perkara ini dengan sikap terbuka dan terus menyokong mempromosikan Pe3 memandangkan filem ini telah pun menjalani penggambaran pada awal Mac tahun lalu," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan ketika majlis tayangan media filem "Pe3" di TGV Sunway Pyramid baru-baru ini.

Gaya Diana Amir yang dipaparkan dalam filem "Pe3" sangat berbeza kerana dalam filem itu, Diana Amir mengenakan gaun pendek serta ada melakukan beberapa babak intimnya dengan Farid Kamil.

Sementara itu, kelibat Diana Amir tidak kelihatan pada majlis tayangan media tersebut walaupun dia merupakan salah seorang pelakon utama dalam filem itu.

Dalam pada itu, Penerbit Metrowealth (MIG), Mejar David Teo tampil memberi penjelasan berhubunga ketiadaan Diana Amir pada majlis tayangan media.

"Diana ada ada datang ke pejabat saya Isnin lalu dan minta izin untuk tidak hadir ke majlis tayangan ini kerana dia mengakui segan untuk melihat penampilannya yang dahulu. Saya faham situasinya yang kini sudah tampil dengan imej berhijab.

Mengenai poster "Pe3" yang tidak mempunyai gambar Diana Amir, David Teo berkata, dia sendiri yang meminta supaya gambar Diana dikeluarkan tanpa diminta oleh Diana sendiri kerana dia mahu menjaga hati Diana.

Filem yang diarahkan oleh Farid Kamil ini turut akan dibintangi oleh Kamal Adli, Along Zendy dan Taiyuddin Bakar.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved