Kayu Gaharu Mampu Beri Pendapatan Lumayan Kepada Orang Asli

on Saturday 20 October 2012


GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli yang menjadi peserta ladang kayu gaharu di sini akan memperoleh pendapatan lumayan apabila ladang itu mengeluarkan hasil nanti, kata Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana kayu gaharu mempunyai nilai pasaran yang tinggi di luar negara termasuk China dan Amerika Syarikat.

"Kita akan mengusahakan ladang kayu gaharu membabitkan peruntukan RM3 juta untuk pembangunan ekonomi Orang Asli dan mungkin dimulakan dalam masa terdekat ini," katanya pada majlis penyampaian sumbangan dan bantuan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kampung Kuala Lah, di sini, Jumaat.

Seramai 1,000 orang menerima bantuan melibatkan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim. Hadir sama pada majlis itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, mengakui berlaku kelewatan sedikit mengenai kerja penanaman kerana terpaksa menunggu keputusan kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengenai pemilihan benih pokok gaharu yang sesuai.

-- BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved