Lindsay Lohan Mengadu Ibu Ambil Kokain

on Saturday, 13 October 2012



BEVERLY HILLS, California - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan membuat kejutan apabila dia mempertahankan ibunya selepas mereka bertengkar pada Rabu lalu, lapor portal berita examiner.com semalam.

Kejadian itu berlaku di rumah ibu Lohan, Dina di Merrick Utara, Pulau Long, New York sehingga menyebabkan anggota-anggota polis terpaksa dihubungi bagi meredakan pertengkaran itu..

Ketika pertengkaran itu, Lohan menghubungi bapanya, Michael dan mendakwa ibunya menggunakan kokain.

Menurut akhbar New York Daily News, bapa Lohan itu bertindak mendedahkan rakaman perbualan tersebut yang kemudian didedahkan pihak media.

Lohan yang berusia 26 tahun kemudian marah dengan pendedahan itu dan menarik balik kenyataannya tentang ibunya.

Lohan menghubungi portal hiburan TMZ.com dengan menyatakan ibunya tidak mengambil kokain dan mabuk ketika mereka keluar di sebuah bar sehingga pukul 4 pagi sebelum mereka pulang ke rumah tersebut.

"Saya amat kesal tentang pertengkaran dengan ibu saya dan ia sudah didedahkan kepada pengetahuan awam," katanya.

Ekoran pergaduhan itu, Lohan menjadi tumpuan ramai pemberita dan jurugambar semasa dia menghadiri parti minuman Mr. Pink Ginseng di sebuah hotel di sini kelmarin.

Punca pertengkaran dia dengan ibunya itu tidak didedahkan.
Polis turut tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Lohan dan ibunya ekoran pertengkaran tersebut. - Agensi
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Al-Kisah....... All Rights Reserved